Friday, 10 May 2013

Video




Cara Pembayaran

  

  

Cara Pembayaran

                Pembayaran boleh dibuat melalui cara berikut;                           
 
    1.     Bayaran tunai di Kaunter BSN
 
 
 

PERINGATAN


  1. Sila SMS ke 012-241xxxx bagi tujuan notifikasi pembayaran yang telah dibuat untuk proses penghantaran yang lebih cepat.
     
  2. SMS kan Nama, Tarikh, Masa dan Jumlah Transaksi pembayaran yang telah didepositkan.

Cara Membuat Tempahan

               




                    
Cara Membuat Tempahan

  1. Catatkan kod produk kerepek yang ingin ditempah.
  2. Buat panggilan ke talian 012-241xxxx ( Rohnani  ) untuk proses kaedah pembayaran atau penempahan produk.
  3. Sebelum membuat panggilan tempahan, sila pastikan anda mengambil kod produk yang dipilih dan kuantiti yang dikehendaki.

Senarai Harga Kerepek






                                           Kerepek Bawang  ( 01 )
  ( 1/2 kg  -RM 7.00 )






                                                      
                                                  Kerepek Pisang ( 02 )
                                        (  1/2 kg - RM 10.00 )








                                             Kerepek Ubi Masin  (  03  )
                                       (1/2 kg  - RM 6.00  )









                                                                  

                                              Kerepek Ubi Pedas  (  04  )
                                          ( 1/2 kg  - RM7.00  )









(  1/2 kg - RM 7.00  ) 




Cara Pembuatan Kerepek

Cara-cara untuk membuat kerepek pisang.





1- Gunakan pisang yang tua (belum masak).

2- Seterusnya kupas kulit pisang di bawah air yang mengalir untuk memudahkan kulit dibuang dan untuk mengelakkan getah pisang melekat di tangan.

3- Pisang direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa masin kepada kerepek. Ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan rasa kerepek pisang yang tidak begitu masin.


4- Setelah direndam beberapa minit di dalam air garam, pisang disejat keluar dari larutan air garam dan diparut menjadi hirisan nipis menggunakan alat pemarut. Jika tidak mempunyai alat pemarut bolehlah menggunakan pisau, tetapi pastikan hirisan yang dibuat adalah nipis. Jika tidak, kerepek akan berasa liat dan tidak rangup. Sebaik-baiknya parutkan hirisan pisang terus ke dalam kuali untuk mengelakkan hirisan pisang melekat antara satu sama lain.

5- Sebelum memasukkan hasil parutan ke dalam kuali, pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah cukup panas. Anggaran pisang yang boleh diparut masuk terus ke dalam kuali semasa menggoreng adalah antara 1-2 biji, bergantung kepada saiz kuali. Ketika menggoreng, kerepek pisang tadi perlulah sentiasa dikacau supaya masak sama rata. Warna kerepek pisang yang sudah masak adalah kuning keemasan.

6- Kerepek pisang yang telah siap digoreng bolehlah dihidangkan bersama teh sebagai hidangan petang ataupun sebagai makanan ringan ketika menonton televisyen bersama keluarga.

Jenis-jenis Kerepek



Kerepek yang dijual terdiri daripada kerepek pisang, kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas, kerepek bawang, kerepek keledek, jejari bilis, keropok kacang dal, tumpi, rempeyek dan lain-lain.

Sunday, 5 May 2013

Kerepek Rangup



   Assalamualaikum,
 
     
          Kerepek buatan daripada Bukit Changgang, Banting. Dapatkan kerepek yang menjadi kesukaan anda, enak dan rangup.

            Disini terdapat pelbagai jenis kerepek yang rangup lagi enak untuk dimakan,bersama keluarga, mak,  makcik,  jiran dan tak kira masa dimana jua, dalam kereta, ketika memancing, menonton bola dan sewaktu dengan nye . Juga disertakan HARGA bagi setiap  KEREPEK  .. :)