Friday, 10 May 2013
Cara Pembayaran
Cara Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui cara berikut;
1. Bayaran tunai di Kaunter BSN
PERINGATAN
- Sila SMS ke 012-241xxxx bagi tujuan notifikasi pembayaran yang telah dibuat untuk proses penghantaran yang lebih cepat.
- SMS kan Nama, Tarikh, Masa dan Jumlah Transaksi pembayaran yang telah didepositkan.
Cara Membuat Tempahan
Cara Membuat Tempahan
- Catatkan kod produk kerepek yang ingin ditempah.
- Buat panggilan ke talian 012-241xxxx ( Rohnani ) untuk proses kaedah pembayaran atau penempahan produk.
- Sebelum membuat panggilan tempahan, sila pastikan anda mengambil kod produk yang dipilih dan kuantiti yang dikehendaki.
Senarai Harga Kerepek
Kerepek Bawang ( 01 )
( 1/2 kg -RM 7.00 )
Kerepek Pisang ( 02 )
( 1/2 kg - RM 10.00 )
Kerepek Ubi Masin ( 03 )
(1/2 kg - RM 6.00 )
Kerepek Ubi Pedas ( 04 )
( 1/2 kg - RM7.00 )
( 1/2 kg - RM 7.00 )
Cara Pembuatan Kerepek
Cara-cara untuk
membuat kerepek pisang.
1- Gunakan pisang yang tua (belum masak).
2- Seterusnya kupas kulit pisang di bawah air yang mengalir
untuk memudahkan kulit dibuang dan untuk mengelakkan getah pisang melekat di
tangan.
3- Pisang direndamkan ke dalam larutan air garam untuk
memberikan sedikit rasa masin kepada kerepek. Ini adalah cara yang terbaik untuk
mendapatkan rasa kerepek pisang yang tidak begitu masin.
4- Setelah direndam beberapa minit di dalam air garam, pisang
disejat keluar dari larutan air garam dan diparut menjadi hirisan nipis
menggunakan alat pemarut. Jika tidak mempunyai alat pemarut bolehlah menggunakan
pisau, tetapi pastikan hirisan yang dibuat adalah nipis. Jika tidak, kerepek
akan berasa liat dan tidak rangup. Sebaik-baiknya parutkan hirisan pisang terus
ke dalam kuali untuk mengelakkan hirisan pisang melekat antara satu sama lain.
5- Sebelum memasukkan hasil parutan ke dalam kuali, pastikan
minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah cukup panas. Anggaran pisang yang
boleh diparut masuk terus ke dalam kuali semasa menggoreng adalah antara 1-2
biji, bergantung kepada saiz kuali. Ketika menggoreng, kerepek pisang tadi
perlulah sentiasa dikacau supaya masak sama rata. Warna kerepek pisang yang
sudah masak adalah kuning keemasan.
6- Kerepek pisang yang telah siap digoreng bolehlah dihidangkan
bersama teh sebagai hidangan petang ataupun sebagai makanan ringan ketika
menonton televisyen bersama keluarga.
Jenis-jenis Kerepek
Kerepek yang dijual terdiri daripada kerepek pisang, kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas, kerepek bawang, kerepek keledek, jejari bilis, keropok kacang dal, tumpi, rempeyek dan lain-lain.
Sunday, 5 May 2013
Kerepek Rangup
Assalamualaikum,
Kerepek buatan daripada Bukit Changgang, Banting. Dapatkan kerepek yang menjadi kesukaan anda, enak dan rangup.
Disini terdapat pelbagai jenis kerepek
yang rangup lagi enak untuk dimakan,bersama keluarga, mak, makcik,
jiran dan tak kira masa dimana jua, dalam kereta, ketika memancing,
menonton bola dan sewaktu dengan nye . Juga disertakan HARGA bagi setiap KEREPEK .. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)